YOUR BLOG TITLE
Something that i dont want...
Sunday 4 November 2012 | 01:05 | 0 Little Bunny(s)
Assalamualaikum.Pmr sudah pun sebulan berlalu. Eh? really sebulan? No lah.Almost one month actually.Lama kan eyaa tak update blog? wuuwuuu. Saya mengaku tu.Ehem ehem maaflah agak sibuk.Pelajar PMR sebenarnya lagi sibuk dari seorang PERDANA MENTERI.Siapa yang mangsa PMR tu dia mesti sokong eyaa 100% :p. Okay bukan itu yang eyaa mahu fokus.Lupakan PMR buat seketika......




Dari semasa ke semasa aku kalau boleh tak nak berpisah dengan kau.Dari A-Z kau tahu semua isi hati aku.Hanya kau yang memahami aku.Hanya kau antara orang yang terdekat dengan aku.Suka duka bersama.Tangis dan tawa dilepas bersama....

Masih ingat pada hari pertama kita mengenali antara satu sama lain? Masing masing malu malu ayam.Zaman kita selekeh selekeh dulu ingat? Tudung senget pakai tie pun tak berapa nak betul.okay kalau tak ingat jugak masa tu masing masing cuba cover handsome/cun.Ingatkan? Di tingkatan 1IbnuSina kita mula berkenalan......

Bermula dengan jumlah pelajar yang tak berapa nak ingat bilangannya tapi agak bangga kerana aku ramai kawan baru di bumi 1 Ibnu Sina...


Dalam kelas bila cikgu sdang mengajar masing masing malu nak bagi respons.Maklumlah kan kita masih baru.Nak bukak mulut pun berat rasanya.Seolah olah ada jongkong emas dalam mulut masing masing.Nak bercakap pun bila perlu je.Nampak macam profesional sangat.Tapi setelah sebulan kita bersama....

Kita mula rapat.Kita mula mengenali hati masing masing.Kita mula perlukan bantuan dari segala segi.Kita mula bajet bajet belajar bila cikgu lalu.Padahal tengah rancak berborak.Hidup kena pandai cover.Setiap hari kita menghadap muka yang sama.Walaupun hakikatnya bosan dan kalau boleh nak ubah muka masing masing tapi kita tetap menghadap muka yang sama.Walaupun kita rapat kita masih tahu jaga batas pergaulan.Walaupun kekadang ada yang teroveeeerrr.Opss.K stop cakap pasal tu......Stop*jeling maut*


Kita mula hilang seorang demi seorang.Bukan passed away k.Bukan bukan bukan*geleng kepala*.Mungkin mereka tidak dapat menyuaikan diri sewaktu berada di sini.Maka jalan yang terbaik ialah pergi meniggalkan kita semua*tarik beg*.Tak nak listkan dekat sini.Sehinggalah pada tahun 2012........


3 IBNU SINA



Nafas baru.Semangat baru.Buku teks baru.Barangkali beg sekolah pun baru.Muehehe.Mungkin pada mereka yang masih setia memakai beg lama aku ucapkan tahniah.Anda sangat jimat.Okay lupakan tentang yang baharu baharu itu.Kita sambung semula.Ehem ehem...*tarik nafas*


Selama kita berada di tahun dua ribu dua belas kita banyak habiskan masa bersama.Tak gitu rakan rakan ku sekalian? Siang malam kita asyik berjaga untuk bersedia menghadapi peperangan yang tak seberapa besar ibarat batu caves di selayang.Lewls.Namun kita semua mempunyai semangat tinggi.Lebih lebih lagi bila kita merupakan harapan pengetua.K ulang sekali lagi.HARAPAN.Wuuuwuuu ~.~



Me: Korang boleh senyap tak?
Sara: ntah. Senyap ah weh.Nanti papa masuk baru kau tahu.Dah lah buku writting aku tak bawak doh*muka bengang*
Danish:Senyap lah weh*muka bangun tidur*

Keadaan kelas yang tadi riuh bagai pasar borong mungkin mampu mengalahkan kebisingan di Kantin sekolah.Hanya bunyi cengkerik yang dibuat buat oleh Radhuan sahaja kedengaran.

"Krikk..Krikk.Krikk"
*bunyi cengkerik tipu*

Papa?Well hanya rakan rakan aku sahaja yang mengetahui maksud tersebut.Okay sambung cerita...
*bukak buku*



Semakin hari kita menghampiri tarikh untuk kita 'berperang' dengan penjajah PMR.Jantung semua berdegup kencang yang lajunya mungkin mencapai kelajuan 250km/sejam.Ehem aku juga tidak pasti sebenarnya akan kelajuan jantung masing masing >.< 

Sepanjang 'peperangan' kita masing masing tidak putus memberikan semangat.Kita bagaikan satu keluarga yang tak berapa besar yang sangat akrab.Kan? Ingat tak masa last day kita nak exam? Masing masing tak sah kalau tak cakap word "Last payyyyyyperrr" . Lagi satu korang cakap "Weh lepas ni datang sekolah weh.Saat saat akhir kita doh.Lepas ni tak tau lagi jumpa ke tak?" Ya Allah baru aku sedar yang kita semua dah nak berpisah......


BEBERAPA MINGGU SEBELUM MINGGU TERAKHIR SEKOLAH..

Kita dah mula jarang jumpa.Kita dah mula tak bertegur sapa.Kita dah mula tak serapat dulu.Perasan tak? Nampak tak? Ya,mungkin korang tak perasan.Tapi aku perasan tu.Mungkin sekarang korang tak rasa.Lama lama korang akan rasa bila kita semua tak jumpa lagi.Korang akan ingat balik semua kenangan kita sama sama dari zaman form 1 yang selekeh tahap cipan sehinggalah zaman form 3 yang handsome handsome taik kucing dan cun melecun ibarat Lisa Surihani barangkali :p  

Kita pernah berbuka puasa sama sama.Kita pernah dimarahi sama sama.Kita pernah buat benda yang tak berapa nak elok sama sama.Kita pernah susah senang sama sama.Senang cerita A-Z sama sama.Mungkin lepas ni kita tak berpeluang nak bersedemikian sama sama.Mungkin bila berpeluang pun masa tu kita dah tak berapa nak akrab seperti dulu.Maklumlah dah ada kawan baru.Kawan lama terus dicampak jauh jauh.Mungkin sewaktu akhir akhir kita di sekolah dan asrama nanti kita tak dapat rasa akan kehilangan masing masing.Namun saban hari percayalah kita semua akan merasai kehilangan di antara kita..Pasti...


Kita tak dapat nak berbual panjang sama sama lagi.Kongsi rahsia sama sama.Duduk satu kelas sama sama.Belajar sama sama.Bergurau sama sama.Tidur sama sama.Makan sama sama.Berbuka puasa sama sama.Semua tu mungkin takkan berlaku lagi.Masa sebenarnya mencemburui kita.....

Aku berharap dan tak nak kita seolah seolah terjalin dalam sebuah persahabatan yang sementara.No.Bukan itu yang aku mahu.Aku mahu kita kekal seperti biasa.Tiada apa yang berubah.Kalau boleh jangan ada yang berubah.Biarlah berubah untuk benda yang kebaikan.Mana tahu korang bertambah cantik dan handsome kan? boleh aku tumpang populariti korang sekaki.Puihh.Popular  lah sangat >.<

Hanya itu yang aku harapkan.Mungkin entri ni buat korang mengatuk sebab panjangjangjang berjela.Maaf aku terlebih emo*wiping tears*Hanya ini yang mampu ku coretkan dan bebelkan.I love you 97's :*













Older Post